Friday, June 7, 2013

masyarakat feudal di England

perang seratus tahun melibatkan perancis dan england. perang ini bermula pada tahun 1337 sehingga tahun 1453. perang ini memberi semangat kesederan nasional dalam diri  orang England.

kemudian, perang saudara yang dikenali sebagai The Wars of Rose. Sebagai penamat perang ini, england  memilih untuk mengamalkan sistem beraja mutlak.

penubuhan monarki kebangsaan Eropah pada abad ke 15 menjadi perintis kepada kemunculan kuasa mutlak pada abad  ke 16 dan 17.

pemerintahan mutlak raja memperlihsatkan bahawa raja dilantik oleh tuhan. jika kerajaan berlaku kejam dan tidak adil, ia dianggap sebagaii hukuman kepada rakyat atas dosa2x mereka. rakyat harus bantu raja tanpa byk soal. fahaman ini juga disokong oleh institusi gereja.

masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan:
.
golongan pertama adalah golongan yang memimpin, antaranya ialah raja, baron dan knight.
raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. raja hanya bertanggungjawab ke atas tuhan dalam pemerintan dan bukan rakyat. ketertinggian raja dapat dilihat dalam pemerintahan Tudor(1485-1603). raja masih menghormati pembatasan kuasa yg terdapat dalam Magna Carta. magna carta ialah piagam yang diterbitkan pada tahun 1215. oleh itu, walaupun raja berkuasa mutlak, pemerintahannya tidak membelakangkan parlimen. magna carta membuktikan bahawa walaupun raja dilantik oleh tuhan unutk memrintah tapi rakyat tidak percaya bahawa raja diberi kuasa mutlak dalam pemerintahan..

dalam era pemerintahan Raja Henry VII(1485-1509) baginda mengamalkan beberapa dasr iaitu mengurangkan perbelanjaan negara dan mengenakan cukai, denda atau benevolences. baginda mengurangkan kekuasaan parlimen. parlimen hanya bersidang 5 kali sahaja dalam tempoh pemerintahannya.dan sekali dlm tempoh 12 tahun yang terakhir pemerintahannya. parlimen hanya mengikuti pemerintahan baginda dalam segala hal. baginda meluluskan undang2x menentang pemakaian pakaian khas. selain itu,  pangkalan tentera persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri dijadikan amalan golongan bangsawan. baginda juga mengubah prosedur keselamatan saksi menyebabkan saksi berada dalam bahaya dan takut untuk memberi keterangan yang akan melukakan hati bangsawan. Majlis Diraja digunakan untuk mejaga keamanan dan keadilan. semua tindakan ini adalah untuk mengukuhkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.

selain itu, baginda mengadakan perikatan melalui perkahwinan apabila baginda mengatur perkahwinan antara puteranya Arthur dan Catherine(puteri sepanyol). Arthur meninggal dunia selepas bebrapa bulan perkahwinannya. Catherine kekal di England dan berkahwin pula dengan putera kedua Raja Henry VII yang kemudiannya menjadi Raja Henry VIII menggantikan baginda dalam pemerintahannya.

puteri baginda Margaret pula dikahwinkan dengan Raja James IV dari Scotland. perkahwinan ini menjadi perintis kepada hubungan antara England dan Scotland.

Era pemerintahan Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth I meninggal dunia tanpa meninggalkan waris.

Dinasti Stuarts dimulakan oleh Raja James I. baginda mengamalkan dasar 'Raja itu dari Tuhan dan undang2x daripada Raja. status dan kedudukannya suci. raja mempunyai kekuasaan yang suci dan rakyat harus patuh kepada raja. gereja, mahkamah dan parlimen wujud untuk berkhidmat kepada raja dan bukan bekongsi kuasa dengan raja. baginda masih mengamalkan sistem kewangan seperti kutipan cukai.

kewujudan parlimen menyebabkan baginda perlu merayu kepada mereka untuk mendapatkan peruntukan tambahan. rayuan baginda yang ditolak menyebabkan baginda menggunakan kuasa mutlaknya menaikkan cukai kastam, memberi kuasa monopoli dan menjual haknya. parlimen menentang tindakan baginda itu tetapi penentangan itu hanya menyebabkan mereka dipenjarakan.

puteranya, Raja Charles I juga sukar mendapatkan peruntukan tambahan menyebabkan Raja Charles I mengambil tindakan memaksa rakyat memberikannya sagu hati dan sesiapa yang enggan akan dipenjarakan. Ahli parlimen yang membantah pula dikurung dan tentera diletakkan di sekeliling rumah mereka.

Raja Charles I dipaksa menandatangani pengisytiharan hak pada tahun 1628. antara syarat pengisytiharan ini ialah:
1. raja tidak menggunakan tentera diraja untuk kepentingan peribadi.
2. raja tidak akan penjarakan rakyat tanpa sebab
3. raja tidak akan memungut cukai tanpa  kebenaran parlimen.

penolakan raja Charles I terhadap syarat tersebut  menyebabkan parlimen mengadakan persidangan pada bulan Jun 1629. selepas persidangan itu, 9 orang parlimen ditangkap dan parlimen dibubarkan.
Raja Charles I memperkenalkan pelbagai cukai selepas itu dan menggunakan mahkamah diraja untuk tujuan itu. baginda mengenepikan undang2x sebelum ini dan mencampuri urusan mahkamah serta hal ehwal ekonomi terutama soal perdagangan dan perniagaan.


tindakan raja Charles itu mencetuskan peperangan diantara raja dan parlimen. peperangan ini bertujuan untuk menentukan pemerintah sebenar England sama ada parlimen atau raja da menentukan agama rasmi England sama ada High Church Party atau Puritan. kemenangan berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell.. pemerintahan oliver pula bersifat diktator. persidangan hanya diadakan jika memberi kepentingan kepada beliau.

Raja Charles II yang merupakan putera kepada Raja Charles I menaiki takhta setelah Oliver Cromwel meninggal dunia. Raja Charles II memansuhkan Komanwel dan Hak Asasi Manusia(Habeas Corpus Act) diperkenalkan oleh parlimen. pada tahun 1679. undang undang ini mensyaratkan bahawa sesiapa yang ditangkap dibawa ke muka pengadilan. sebab penangkapan hendaklah dinyatakan.

Raja James II kemudiannya menggantikan Raja Charles II. baginda dan  isteri pertamanya yang beragama protestan dikurniakan seorang puteri yang bernama Mary. Mary dikahwinkan dengan William of Orange

Raja James berkahwin untuk kali kedua dengan isterinya yang beragama katolik dan dikurniakan seorang putera. baginda ingin mengurniakan mahkota kepada puteranya itu tetapi rakyat menginginkan Mari dan Willian of Orange yang memerintah. oleh itu mereka mengutuskan surat kepada Mary. pada tahun 1688, Mary dan William of Orange mendarat di England bersama 15000 tenteranya, Raja James II pula melarikan diri ke Perancis. peristiwa ini dikenali sebagai Glorious Revolution kerana tiada pertumpahan darah berlaku,
parlimen pula membuat pengisytiharan hak dan undang2x toleransi.

raja memberi tanah kepada baron dan knight sebagai ganjaran kepada perkhidmatan mereka. baron perlu menyediakan tentera untuk peprangan. pemberian tanah kepadah baron juga membolehkan raja mendapat pendapatan melalui kutipan cukai. sistem primogieniture diamalkan oleh golongan bangsawan untuk mengekalkan kekayaan, iaitu hanya anak lelaki tua sahaja yang boleh mewarisi harta bagi mengelakkan harta atau tanah dibahagi bahagikan dan ekonomi bangsawan terjaga.

Knight pula diberi tanah atas perkhidmatan ketenteraan yang diberikan. tanah itu dibahagikan kepada serf untuk diuruskan semasa ketiadaan knight. knight pula melindungi serf dan keluarganya.. serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat. mereka hidup berpindah randah dan sentiasa di bawah pengawasan raja dan baron. mereka bercucuk  tanam dan menternak binatang atas tanah yang diperuntukkan tuan tanah. untuk memenuhi keperluan harian.

Monday, June 3, 2013

mikroekonomi bab 1

hari ni sdh mula blajar eko sem 1 blk...jom ikut...:)
mikroekonomi ialah satu kajian penggunaan faktor pengeluaran yg terhad untuk penuhi kehendak yang tidak terhad oleh manusia

masalah ekonomi ada 3:
1. kekurangan
2. pilihan
3. kos lepas

masalah asas ekonomi:
1. apa dan berapa hendak dikeluarkan
2.bagaimana hendak dikeluarkan
3. untuk siapa dikeluaran

keluk kemungkinan pengeluaran  
  • digunakan untuk menerangkan kaitan di antara kekurangan, pilihan dan kos lepas
  • masalah asas ekonomi juga dapat ditunjukkan dalam KKP
  • andaian andaian dalam KKP:
  1. hanya 2 barang sahaja yg dpt dikeluarkan oleh sesebuah negara/ekonomi
  2. tingkat teknologi tetap
  3. faktor pengeluaran tetap dari segi kualiti dan kuantiti
  4. ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
  5. proses pengeluaran berlaku dlm jangka pendek



life..

kekayaan bkn jaminan kebahagiaan... walaupun kita perlukannya... kadang kala, aku tkut untuk memiliiki kekayaan kerana takut akan lupa diri dan menjadi sombong...novel ni byk pengajarannya. novel yg mengisahkan tentang seorang gadis yg kaya bertemu dgn seorang lelaki bernama Ebrahim yg bekerja sbg polis trafik di Malaysia. tanpa dia ketahui yg dia akn bertemu dgn lelaki itu di Kemboja. gadis itu bernama Iris Nur. dia telah mengikuti satu misi bantuan ke  kemboja. ayahnya telah mengupah seorang lelaki untuk menjadi bodyguardnya sepanjang dia berada di sana iaitu Firman.
kisah dalam novel ini byk betrunsur keislaman dan mengisahkan mengenai kehidupan penduduk kemboja yg sebenarnya.
hidup bkn hanya untuk mencari cinta sahaja...itulah antara pengajaran yg saya peroleh.

jauh perjalanan luas pemandangan.. kadankala kita leka dgn kehidupan yg telah kita miliki sehingga kita lalai dan tidak sedar bahawa masih ramai lg yg lebih menderita berbanding kita.. walaupn sering dilanda kesusahan..kasih sayang diantara penduduk kemboja dan keimanan mereka sgt kuat kpd Allah. ini membuatkan saya lebih bersyukur dgn apa yang 
novel ini menyedarkan aku bahawa setiap org mempunyai kelebihan tersendiri. aku sering merasa rendah diri disebabkan kekurangan yg aku ada. sejujurnya, perasaan rendah diri, kekosongan dan kesepian itu masih wujud sehingga ke  hari ini. ini membuatkan aku mudah memahami apa yg dirasai oleh iris.

membaca novel ini membuatkan aku teringin utk ke kemboja atau di mana saja negara yg memerlukan bantuan ketika ini...harap2 impian ini akan kekal di hati dan akan tercapai suatu hari nnt..
aku jg berharap agar aku bertemu dgn seorang lelaki yg mampu melindungi, mencintai dan membimbing saya ke jalan yg benar..
 mungkin ini yg sdg berlaku kn? :'(

Wednesday, May 29, 2013

:) :( ? entah...

everything starts with you....chewah....senangnya cakap. some things are easy to say than done...well, i learn a lot after reading all the novel i got... (chewah...speaking lg tuh...)

seriously, aku pn nda tau la apa aku rasa, apa aku mau sebenarnya...
1. apa aku mau untuk masa depan aku? cita-cita....minat tu ada tp keyakinan? turun naik...
2. apa aku mau dari family aku? kepercayaan, keyakinan..kasih sayang mestilah kn..

tgh bosan....xtau mo buat pa..klau org slalu ckp, byk benda ko boleh buat.... masalahnya, bkn tu yg aku mau buat. aku mau hangout dgn family n friends....tp...
asal kluar dgn dorang, mcm2x perasaan kluar...jealous, sedih...rendah diri sgt....kadang kadang rasa mcm dorang tu terpaksa ja sbb xda pilihan lain sdh.. tau la byk benda aku nda tau buat...blajar ja la tau... tu pn bkn pndai sgt....

mo kluarjmpa kwn tu best jg tp..duit 1 hal... mau ka jg dorang... sedar jg diri ni, org call bila dorang perlu ja...huhuhu... sunyi jg masa cuti ni...igtkn mo ulang kaji blk, tp buku pn tiada...mcm buang masa pula... rest tu rest jg, ni dh lebih ni...mo ambil paper ulangan...

lemah sgt ka aku...? suka hati org ja bila org mo buat pa2x.. bila org xperlu, kena tggal sndri2x...aku yg sakit hati... atau, keras hati, panas baran? aku mrh pn bersebab..asyik adik ja lebih...semua aku buat salah... tp..mungkin jg aku yg mau perhatian lebih..mungkin... yalah..dia byk kwn, bebas p hangout, enjoy ja..herm... lepas ni study la... nnt aku share pa aku blajar k...